Tuesday 20 July 2021

Travel Eropah 2020 #Part2

Salam,

Setibanya di Berlin, kami terus menuju ke Citystay Hostel Berlin Mitte, hostel yang lokasinya betul2 sangat hampir dengan Menara TV Berlin (Fernsehturm). Jadi boleh dikatakan lokasinya adalah sangat strategik.

Serupa macam KL Tower sikit, model dalam gambar ni Daus

Keesokannya kami berjalan di sekitar bandar Berlin. Cuaca agak kurang menentu, kadang2 hujan, berangin tapi tetap sejuk. Antara tempat yang sempat kami singgah adalah Humbold Universität, Brandenburgertör, Berliner Wall, Parliament Dem Volke dan macam-macam lagi.
















Sunday 27 June 2021

Pengalamanku Dijangkiti Covid-19 STAGE 4 (3/6/2021 - 18/6/2021)

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

03/06/2021 (Khamis)

Pada 3/6/2021 Khamis, aku tiba-tiba merasa seram sejuk, badan menggigil & peningkatan suhu sehingga 38.2 Celcius Degree. Kebetulan masa tu aku masuk office jap nak settlekan kerja sikit. Setelah rasa lain macam tu, aku segera keluar dari office dan turun ke kedai runcit bawah office & beli panadol dan makanan2 lain yang aku rasa dapat membantu (air badak untuk turunkan suhu badan etc). Aku merasa sesak nafas yang teruk dan pening kepala, serius rasa teruk, nak memandu pun rasa susah.

Suhu 38.2c, simptom awal yang aku alami, masa ni di office sorang2 je

04/06/2021 (Jumaat)

Demam semakin teruk, nafas semakin tersekat2, aku pun ambil keputusan untuk ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Bila sampai ke klinik, nurse check suhu 38 C, doktor tak berani nak jumpa, dia suruh datang kembali petang pukul 4pm hari yang sama untuk swab RTK. Keputusan RTK cuma ambil masa sejam lebih je, dan keputusannya adalah positif seperti yang dijangka. Aku pun segera beli makanan dan lain2 lalu pulang ke rumah. Aku tau salah tapi aku perlukan makanan. 

05/06/2021 (Sabtu)

Rakan aku, Atiqah (agent insurans aku juga) menghubungi aku dan risau akan keadaan aku. Dia menghubungi Hospital Port Dickson memaklumkan keadaan aku yang lemah dan sesak nafas dan meminta Ambulans untuk mengambil aku ke hospital dengan segera. Dalam pukul 2-3pm, ambulans tiba di depan rumah dan segera membawa aku ke HPD. Di sana aku diambil sampel darah, drip IV, scan paru2 dan ujian swab PCR dilakukan. Ujian PCR mengambil masa 1-2 hari untuk dimaklumkan jawapannya.

Hujan lebat ketika dijemput ambulans, rasa sedih sikit, mana tau tak balik2 sini dah

PCR test, IV dimasukkan sebab aku diarrhea dan kurang makan

06/06/2021 (Ahad)

Aku hanya terbaring di rumah, tak boleh ke kedai untuk membeli makanan, nasib baik adik aku bantu order makanan secara online (Foodpanda, McDelivery dll), Atiqah pun ada tolong orderkan sekali.

Jumpa mashed potato ni kat 7e, boleh la telan, masa ni selera makan dah teruk

07/06/2021 (Isnin) 

Pihak hospital menghubungi aku memaklumkan keputusan ujian PCR adalah positif dan meminta aku packing sedikit baju dan keperluan lain untuk dibawa ke Hospital Seremban (Tuanku Ja'afar) untuk rawatan dan kuarantin. 

Sesampainya di Hospital Seremban, tunggu lama kat bawah, nak clearkan katil kot

Suasana di HTJ masa ni agak tenang, yelah dah tengah malam kan, pesakit pun masih kurang, tak macam sekarang kes berbelas ribu


8/6/2021 (Selasa)

Dalam pukul 8pm, Ambulans pun tiba. Maka bermulalah perjalanan perjuangan aku menentang virus Covid-19 durjana di hospital. Aku telah didiagnose pada peringkat ini berada di Stage 2B, kiranya masih di peringkat awal dan tak kritikal.

Hari-hari yang mendatang di Hospital Seremban terasa sungguh panjang. Pesakit keluar dan masuk, wad sentiasa penuh,  pesakit sekeliling batuk2 dan muntah2 adalah perkara biasa. Keadaan aku? Aku rasa semakin tak sihat. Nafas semakin tersekat-sekat terutama bila mahu ke tandas untuk mandi mahupun buang air. Tak tau sebab apa rasa semakin teruk. 

Tiada pelawat yang dibenarkan melawat. Walaupun ramai pesakit, aku terasa keseorangan. Kena kuat.

Pakcik Cina sebelah ni sampai esok harinya, sepanjang hari tidur


9/6/2021 (Rabu)

Di HTJ, kelengkapan memang agak lengkap. Ada tempat solat, sejadah pun banyak. Tandas yang bersih. Setiap hari air panas disediakan untuk pesakit ambil minum. Aku ambil peluang setiap hari untuk berjalan ke tempat solat dan ambil air sendiri supaya badan terus bergerak dan tidak hanya terperap terbaring di katil. Aku tau aku perlu ada ikhtiar sendiri. Tiada keluarga mahupun rakan yang ada melawat. Sendiri kena kuat.

Ketika aku sedang tidur-tidur ayam di HTJ sekitar waktu Zohor, nurse datang mengejutkan aku memberitahu aku boleh discharge ke pusat kuarantin di PD (PKPD). Aku rasa agak lega jugak, dan dalam masa sama pelik sikit la sebab aku rasa masih kurang sihat tapi doktor lebih tahu keadaan aku berdasarkan keputusan result darah dan sebagainya. Aku segera berkemas dan menunggu. Ada tiga orang semuanya yang dihantar ke PKPD. 

Sepanjang perjalanan kami diiringi oleh kereta peronda polis sehingga ke PKPD
 
Setibanya di PKPD, gelang putih hospital akan dipotong di sini digantikan dgn gelang baru

Di PKPD, ujian dilakukan sekali lagi oleh staf perubatan di sana. Tekanan darah, Oksigen aku okay, cuma heart rate aku sangat tinggi melebihi 100-120. Doktor di situ sangat risau, dia menyuruh aku naik dan turun tangga sebelum kembali mengambil bacaan. Result masih tak berubah. Aku tak dibenarkan kuarantin di situ, sebaliknya ambulans sekali lagi dipanggil untuk aku dipindahkan ke Hospital Tampin.

Aku disuruh memakai Oksigen ketika menunggu ambulans di PKPD untuk dihantar ke Hosp. Tampin

Ambulans dah tiba untuk ke Hosp. Tampin

Lama juga tunggu sampai 11.30pm baru ambulans sampai dan menghantar aku ke Hospital Tampin yang mengambil masa dalam sejam setengah untuk sampai ke destinasi dari Port Dickson.

10/6/2021 (Khamis) 

Sekali dua gelang putih dia letak, satu dari PKPD, satu Hospital Tampin

Hospital Tampin adalah destinasi hospital terakhir untuk aku. Di sini bagi aku agak selesa dan rawatan adalah lebih teratur. Pesakit tetap ramai tapi disusun rapi. Toilet share untuk 8 - 10 orang tapi tetap mencukupi dan dilengkapi air panas jugak. Minuman di pantri disediakan (milo, kopi, teh etc), kalau larat buat sendiri memang dibenarkan buat. 

Doktor suruh pakai oksigen sebab paras oksigen aku sangat rendah

Keadaan aku ketika mula-mula masuk adalah agak teruk. Sesak nafas semakin teruk, nak ke tandas pun terasa sangat sukar sebab nafas yang tersangkut-sangkut. Tahap Oksigen aku masa tu adalah kurang dari 93-94. Bacaan yang bagus kata doktor adalah 95-96 ke atas. Sudah puas tarik nafas tapi masih gagal untuk mendapatkan bacaan Oksigen yang bagus. Doktor menyarankan aku tidur secara meniarap untuk meningkatkan bacaan Oksigen. Maksudnya, tidur secara terbalik ke bawah.

Sambil baring meniarap, oksigen dalam 10L sebab paras oksigen aku semakin teruk

Doktor kata, aku adalah stage 4, dan jika keadaan aku ni dihidapi oleh pesakit yang lebih berusia, memang harapan untuk selamat adalah sangat tipis. Tapi semasa di hospital kami tak diberitahu semua info ini, mungkin tak mahu emosi dan semangat kami terganggu. Cuma ahli keluarga saja yang dimaklumkan. Semasa video call pun family tak sebut pasal semua ni. Tergamam aku selepas keluar dari hospital dan diberitahu lebih detail pasal keadaan aku masa tu. Alhamdulillah diberi kekuatan untuk sembuh.

Bacaan tekanan darah adalah normal, manakala heart rate masih sangat tinggi. Setiap pagi, rutin yang sama akan dilakukan. Nurse akan datang untuk bagi ubat, ambil bacaan gula, cucuk di bahagian perut untuk ubat cairkan darah, dan ambil sampel darah dari pelipat tangan. Ubat yang diberi agak banyak juga, steroid dan ubat untuk paru-paru juga. 

Semasa video call dengan mak, tak mampu bercakap masa ni

X-ray paru-paru juga diambil beberapa kali dan ujian jantung juga diambil, tak silap aku dua tiga kali jugak, mungkin untuk mengetahui punca heart rate aku tinggi. 

Doktor mulakan tahap oksigen aku dengan 8-10 liter dan diturunkan sehingga 5L dan 3L. 

11/6/2021 (Jumaat)

Setiap hari rutin adalah sama saja. Nurse akan datang setiap hari untuk memberi ubat, ambil sampel darah, ambil bacaan tekanan darah, oksigen dan heart rate. Aku sangat respect dengan petugas kesihatan, berpeluh setiap hari dengan pakaian PPE mereka, tetap kuat dan pantas bekerja merawat pesakit. Mesra pun mesra juga, tak ada sedikit pun marah2. Respect betul. 

Makanan yang dihidang juga sedap2. Walaupun mula2 selera makan aku ke laut, aku cuba juga sumbat beberapa suap ke dalam kerongkong tekak aku ni. Kalau tak doktor kena masukkan air IV ikut tangan tu, sakit nak kena cucuk lagi. 

Makanan dihidang dalam 5 kali sehari, breakfast, lunch, minum petang, dinner dan supper. 

14/6/2021 (Isnin)

Atas cadangan doktor dan nurse, aku telah minta tolong rakan office aku untuk belikan satu alat senaman khas untuk paru-paru dari farmasi di luar. Caranya mudah saja, cuma perlu sedut paip tu sehingga ketiga-tiga bola naik ke atas. Maksudnya perlu melatih keupayaan paru-paru lah. Harga boleh tahan dalam RM40 lebih, aku order sekali dengan air manis, jadi aku genapkan RM50 untuk upah rakan tu. 

Alat untuk melatih paru-paru

Selera makan aku dah bertambah baik, aku rasa keadaan badan aku adalah semakin sihat dan bertambah pulih. Makanan yang diberi aku rasa semakin tak cukup. Jadi, kadang2 aku akan minta makanan lebih dari nurse jika ada. Perut lapar. 

18/6/2021 (Jumaat)

Hari Jumaat yang barakah, penghulu segala hari, berjalan seperti hari-hari yang biasa juga. Doktor datang round pagi tu, memberitahu aku mungkin aku akan discharge dalam masa terdekat, memandangkan kadar kesembuhan aku adalah agak baik. Kuman di dalam darah juga sudah tiada katanya. Aku gembira dan lega.

Malam, jam 10 pm, aku di dalam toilet sedang membuang, sorang member patient pakcik Cina yang akan discharge juga malam tu masuk toilet dan panggil aku mengatakan nurse terjerit2 mencari aku. Nurse kata aku dah boleh keluar malam tu. Aku tercengang. Bungkusan bekalan ubat diberi, dan dia tanya ada sesiapa boleh ambil ke? Aku kata tiada. Kalau esok pagi boleh la aku ikhtiar untuk pulang sendiri. Dia kata okay.

Pemandangan biasa ketika nak pergi buat air milo di pantri, hujung sana adalah surau

Tiba-tiba dia panggil lagi, katanya ada ambulans yang akan datang, boleh hantar aku ke Springhill ke rumah sewa aku. Aku terus kata okay, sebab confirm boleh jimat duit balik ke sana. Aku segera packing dan solat Isyak dan sujud syukur. Tak lama kemudian, ambulans pun tiba dan tunggu aku di luar. Kali ni diorang (driver & doktor) tak pakai pun PPE sebab mungkin aku dah diyakini bebas dari virus Covid-19, berbeza semasa aku diangkut ke Hospital masa mula-mula masuk.

Selamat tinggal Wad Kenanga 1B, kenangan 2 minggu di sini 😢

Perjalanan sejam setengah, terasa begitu singkat. Roadbloack yang dilalui tak terkira banyaknya. Akhirnya, tiba di rumah sewa di Springhill. Aku ucapkan terima kasih banyak2 kepada mereka kerana sudi hantar sampai ke rumah. 

Perjalanan pulang ke Springhill, dalam ambulans, tenang

Bukan selalu boleh naik ambulans 

Perlahan-lahan aku masuk ke rumah. Bilik aku di tingkat atas, terasa sungguh sukar untuk naik tangga ke tingkat satu rumah, otot2 kaki terasa sungguh lemah. Aku tau ini adalah kerana terlalu lama badan aku dalam keadaan lemah, hari2 makan ubat, banyak baring, sesak nafas dan kurang bergerak. Otot2 semakin mengecut dan lemah. Nasib baik keadaan bilik agak baik kerana aku sempat kemas sebelum ke hospital tempoh hari. 

Keadaan kereta juga masih baik, jadi masih bernasib baik untuk aku ke kedai membeli makanan untuk esok harinya. 

Pengalaman banyak mengajar aku akan nilai sebuah kesihatan, bila dah sakit, baru nak terasa menyesal bagai. Baru nak ingat kematian, dosa dan sebagainya. Terasa kerdil diri ni. Sampai sekarang masih terasa kesan virus ni kat badan aku, terutama di bahagian pernafasan, paru-paru. 

Jangan ambil mudah SOP. Aku akui aku agak mengambil mudah soal SOP semasa bekerja sebelum ni.

Jadi, begitulah ceritera aku, seorang bekas pesakit Covid-19 Stage 4, Alhamdulillah aku survive. Terima kasih atas doa-doa semua yang mengambil berat, hanya Allah yang boleh membalas jasa kalian. 

Doa untuk kuat semangat dan jangan putus asa

Kepada mereka yang sedang berjuang menentang Covid-19, aku faham perasaan korang. Ikutlah pesan dan nasihat doctor/ nurse. Amalkan tidur meniarap tu untuk naikkan Oxygen level korang, jangan skip ubat, cuba berjalan2 untuk elakkan otot semakin lemah, dan paksa diri untuk makan walaupun selera makan dah ke laut. 

Selebihnya, bertawakal lah, kita dah berusaha untuk sembuh. Jangan berhenti berdoa. 

Assalamualaikum semua.

Selamat malam.




Monday 19 October 2020

Belajar Bahasa Mandarin di Kunkwan

 

Logo Kunkwan

Assalamualaikum, Selamat sejahtera, Nimen Hao!

Kira-kira bulan lepas awal bulan 9, aku ternampak satu posting di Twitter dari seorang perempuan, nama dia Intan. Dia promote kursus bahasa mandarin belajar secara online, melalui aplikasi Zoom. Disebabkan ketika itu, tak banyak aktiviti seharian aku selain bekerja menghantar makanan dan menghadap website Jobstreet seharian, aku ambil keputusan untuk belajar bahasa mandarin. Aku pun sebenarnya dah lama berhasrat nak belajar bahasa mandarin ni, cuma tak berpeluang dan berkesempatan je. 

Jadi aku hubungi Intan melalui Whatsapp dan mengatakan hasrat untuk masuk meminang. Eh! bukan2, untuk belajar bahasa Mandarin lah, haha gurau je, tp serius pun apa salahnya kan, haha. Okay berbalik pada tajuk asal, pada mulanya aku cuma nak register kursus kelas mandarin selama 3 bulan atau 6 bulan sahaja, kerana aku fikir hanya untuk mengisi masa lapang. 


Tapi setelah menyertai kelas percubaan free selama dua jam pada satu jumaat malam, keyakinan aku semakin menebal bahawa kelas ini yang terbaik. Maka setelah ditilik2 dan difikir2, aku ambil keputusan untuk belajar secara serius. Jadi, aku bagitau Intan, aku nak register online class selama setahun, atau dengan kata lainnya, full course mandarin, hingga fasih, selama 12 bulan. 

Mulakan Siasatan Syarikat

Plate Signboard kat Branch

Dalam masa yang sama, aku pun mula menjalankan siasatan untuk memastikan adakah syarikat tu genuine dan wujud. Aku google review2 dari student2 yang pernah atau sedang menjadi student di Kunkwan. Nama syarikat yang menyediakan perkhidmatan Mandarin Class tu adalah Kunkwan. Setelah disiasat serba sedikit, aku dapati semuanya okay dan positif. Ada website yang proper, dan ada dua cawangan, di Johor Bharu dan di Sg. Besi. Cuma sekarang kan tengah Covid19, jadi semua kelas dilakukan secara online melalui aplikasi Zoom.

Bayar sekali, Ulang2 Kelas Hingga Pandai (Lifelong Revision)

Ini adalah antara main point yg paling utama mengapa aku membuat keputusan untuk belajar bahasa Mandarin bersama Kunkwan. Walaupun setelah habis course yg aku belajar tu, tapi jika aku rasa masih tidak cukup, aku boleh ulang kembali kelas dari mula, tanpa sebarang bayaran tambahan. Aku check tempat lain yang ajar bahasa Mandarin, takde pulak yang offer mcm ni. Kebanyakannya hanya sekali kelas, jika sudah habis, habis la, tak boleh ulang balik.

Group Selfie setelah habis foundation class kami

Contohnya, untuk kes aku, jika aku sudah habis khatamkan course aku selama 12 bulan di Kunkwan, tapi aku rasa masih tak cukup, maka aku boleh request untuk ulang semula mana2 kelas yg aku rasa perlu untuk improve bahasa mandarin aku. Point ni bagi aku sangat penting sebab untuk belajar sesuatu bahasa, tak boleh la belajar sorang je. Kena ada tutor, tenaga pengajar untuk beri tunjuk ajar. 

Bayangkan, kalau tak ada lifelong revision ni, kalau aku dah habis course, tiba2 aku ada persoalan pasal mandarin tapi tak boleh tanya sesiapa pun, tak ke frust tu. 

International HSK Certificate

Sijil HSK (Hanyu Shuiping Kaoshi) adalah seperti sijil English MUET kita untuk dalam Malaysia, tapi boleh digunakan worldwide di seluruh dunia seperti sijil IELTS atau TOEFL untuk English. 

HSK Cert 

Ok untuk point ni, aku rasa agak penting bagi yg tengah cari kerja di company2 dari China, yg ramai bos Cina, atau yg mahu sambung belajar di China. Employer biasanya akan bayar language komisyen untuk sesiapa yg boleh bercakap bahasa ketiga terutamanya mandarin. Benda ni jugak adalah macam target untuk aku mendapatkan cert ni setelah habis course aku nanti. Boleh demand lebih sikit gaji masa apply kerja nanti heheheh.

Harga yang berpatutan 

Untuk course yg berbeza, harga yg dicaj juga adalah berbeza. Tapi disebabkan konsep pembelajaran kat kunkwan ni, aku rasa sangat berbaloi untuk belajar mandarin kat sini. Paling penting, lifelong revision tu. 

Untuk Foundation CIC:                            RM299

Manakala harga untuk course yang lain berubah-ubah mengikut kesesuaian. Kadang2 ada masa2 tertentu seperti musim perayaan ditawarkan promosi untuk pendaftaran, harga lebih murah atau percuma untuk ahli keluarga & kawan2.

Memang tak dinafikan ada je course Mandarin yang lebih murah di luar sana, tapi tak semuanya offer HSK certificate & Lifelong Revision yg aku mention kat atas. Jadi, aku ambil keputusan untuk bayar tiga kali, untuk full course sehingga fasih bahasa Mandarin tahun depan, InshaAllah. Yang penting kena konsisten la setiap sehari atau dua hari kena buat revision dan homework.

Harga untuk Foundation CIC Class

Tenaga Pengajar yang helok dan bagus2!

Setakat ni aku cuma berpeluang berguru dengan seorang Laoshi (Cikgu) saja iaitu Meila Laoshi (Cikgu Mira). Tapi berdasarkan pengalaman sebulan lebih aku berguru dengan beliau, walaupun dia Melayu, tapi pengetahuan bahasa mandarin dia mmg excellent kaw2. Rupanya dia sekolah cina dari kecik dulu sebab tu fasih. Laoshi2 yang lain juga aku yakin sangat bagus berdasarkan profile2 diorang yang aku baca sepintas lalu.

Antara feedback dari student sana, aku pun tak kenal sape 

Paling Penting: Enjoy! 

Sebenarnya mmg aku dah lama nak belajar bahasa mandarin ni sbb aku ramai kawan chinese. Kadang2 tu diorang borak dlm bahasa mandarin tapi aku tak faham, geram jugak la. Lagi pun aku rasa agak cool jugak kalau boleh ckp bahasa diorang ni.

Memang ada je orang kata, buat apa nak belajar bahasa diorang, diorang kan duduk Malaysia, so diorang la kena belajar Bahasa Melayu. Betul, aku setuju, dan setakat ni semua kawan chinese aku pandai Bahasa Melayu. So, aku agak malu jugak, diorang pandai cakap BM, tapi aku tak faham langsung bahasa diorang. walaupun pelat2 sikit tapi aku faham la, BM bukan mother tongue diorang kan. Tapi still, diorang boleh faham bahasa melayu kita walaupun kita cakap bahasa pasar. 

Jadi, aku pun nak cabar diri aku untuk faham bahasa diorang, iaitu Bahasa Mandarin. Dalam masa yg sama, skill berkomunikasi aku juga akan bertambah bila boleh bercakap bahasa lain ni. Aku dah ada basic foundation untuk cakap bahasa Jerman, so why not tambah bahasa keempat, Jiayou!

So, bila dah ada motivation untuk belajar tu, secara automatiknya perasaan seronok tu akan datang juga. 

Seronok belajar tanpa stress2

Sorry entry kali ni panjang sikit sbb banyak info kena share :) Jadi, apa pendapat korang?


Oh ya, aku baru saja menghabiskan foundation class mandarin selama 1 bulan (4 class x 2 jam setiap class). So far so good!

CIC Certificate, perfect attendance tuu

Jadi, kalau sesiapa yang berminat, boleh la komen kat bawah atau whatsapp den yoo.

WhatsappSaya

Xiexie he zaijian!





Friday 27 March 2020

Corona Virus Covid-19

Salam,

Sekarang adalah musim Coronavirus atau Covid-19 berleluasa dan semua orang adalah dikehendaki untuk kekal di dalam rumah. Disebabkan Coronavirus juga, aku telah ambil keputusan dengan tergesa2 untuk pulang ke Malaysia dari Jerman dalam masa tiga hari sahaja. Perbincangan bersama abang di Greece secara online akhirnya membuahkan hasil, iaitu aku harus pulang ke Malaysia segera pada waktu itu sebelum "travel ban" oleh mana2 pihak kerajaan Jerman atau Malaysia dikuatkuasakan, atau mungkin tiada lagi flight yang dijadualkan oleh mana2 syarikat penerbangan untuk pulang ke Malaysia.

Ketika aku pulang ke Malaysia pada 5hb March 2020, kes Coronavirus di Jerman pada waktu itu hanyalah sekitar 200 kes sahaja. Pada waktu aku menulis nukilan blog ini di awal pagi jam 0600 bertarikh 22hb March 2020, iaitu lebih kurang dua minggu selepas aku tiba di Malaysia, kes Coronavirus di Jerman telah mencecah 22,255 kes, dengan jumlah kematian sebanyak 84 orang.

Kes Coronavirus 22.03.2020

Aku tak sangka Coronavirus akan jadi seteruk ini dalam masa dua minggu saja. Aku tak pasti apa yang aku patut rasa sekarang, mungkin bersyukur kerana aku telah meninggalkan Eropah di waktu yang agak awal dan tepat juga, tapi dlm masa yang sama aku rasa agak kaget atau terkilan kerana masih ramai rakan2 aku yang masih berada di Jerman, kerana sesetengah dari mereka masih belum menghabiskan pembelajaran mereka di Universität Stuttgart, sekarang terpaksa menghadapi cabaran ini pula. Pihak kerajaan Jerman telah menguatkuasakan "lockdown" dimana tidak membenarkan perjalanan keluar atau masuk dari Jerman

*Update 27.3.2020

Sehingga sekarang kes di Malaysia sudah meningkat hingga 2,031 dengan 23 kematian, manakala di Jerman sudah 43,646 kes dengan 239 kematian. Berkali ganda peningkatan kematian dan kes jangkitan. Aku juga sudah mula tidak yakin dengan diri sendiri, mungkin aku juga sudah ada virus dalam badan aku tanpa aku sedari, walaupun aku tiada simptom2 yang diperkatakan seperti sesak nafas, batuk2 dan demam. 

Suhu badan aku cuma 35 Celcius, dan sedikit selsema kerana sinus, yg aku rasa normal kerana dari kecil lagi aku sudah menghidapi penyakit ini. Jadi aku tak pasti perbezaannya. Aku telah cuba menghubungi Hospital Sg Buloh dan klinik2 sekitar sini, kata mereka, aku tiada simptom yg serius, jadi tidak perlu saringan di hospital. Cukup sekadar kuarantin di rumah.

Covid-19 kes di Malaysia pada 27 Mac 2020

Kes di Jerman 27 Mac 2020

Update 19.10.2020, Ahad malam, 12:28am,

Wawasan 2020, sekarang tinggal impian je, jadi wawasan 2030 pulak. Kadar kematian di Malaysia sekarang disebabkan Covid19 telah mencecah 187 kematian. Kes pada hari ni adalah sebanyak 20,498 kes (lebih 10x ganda dari Mac lepas), dan pada hari ni saja ada peningkatan kes sebanyak 871. 

Sekarang kerajaan telah menguatkuasakan kembali PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) selama dua minggu untuk seluruh Selangor, KL dan Sabah kerana peningkatan mendadak dlm masa terdekat ni. 



Abang aku masih di Greece, mencari rezeki di sana. Semoga selamat semuanya. Ada yang kata Covid19 tak akan hilang dan kita harus belajar hidup dengan norma baru ini (mask, sanitizer dll), ada yg kata vaksin akan dihasilkan dalam 1-2 tahun lagi. Entahlah. 

Pencarian kerja diteruskan. Mungkin juga aku akan mulakan bisnes sendiri.

Redho.

Terima kasih kerana membaca :)

Sunday 9 February 2020

Travel Eropah 2020 #Part1

Assalamualaikum, servus!

*Ketika blog ini di update, corona virus atau Covid-19 sudah pun berleluasa di seluruh dunia. Sekarang 27 Mac 2020. Oleh sebab banyak masa free semasa kuarantin, aku ambil sedikit masa untuk menghabiskan posting yg agak panjang ini.

Secara ringkasnya, route kami adalah dari Frankfurt, München, Salzburg (Austria) - Prague (Czech Rep.) - Berlin- Köln - Heidelberg - Frankfurt - Münich, aku pula dari Stuttgart, Jerman.

Pada 27.1.2020 hingga 8.2.2020 yang baru lepas, rakan2 lama di Malaysia telah datang ke Europe. Aku baru sahaja selesai pengajian dari Universität Stuttgart dan banyak masa terluang, jadi aku pun join mereka dari Stuttgart, Germany dan travel bersama. Mereka bermula dari Frankfurt dan kemudian ke München, dimana aku telah bertemu mereka pada hari ketiga mereka di München pada 27.1.20.

Day 1.

Aku tiba pagi di Main Station München Hauptbahnhof. Selepas bersarapan, kami terus ke Neuschwanstein Castle, dalam 3 jam dari bandar München, dengan menaiki train. Kami telah beli Bavarian day ticket dgn harga 50 euro untuk 4 orang, jadi seorang 12.50 euro. Tiket boleh diguna dari 9am hingga 3am keesokannya dan cover hampir kesemua pengangkutan awam di Bavaria. Kalau tak guna tiket ni, sorang kena bayar dalam 27 euro untuk harga tiket train ke sana. Kami pun pulang dan tiba semula ke München pada waktu malamnya.

Dengan background Neuschwanstein Schloss

Neuschwanstein Castle dari kejauhan

Bersama Kak Maz, Nein & Daus
Day 2.

Esoknya, kami bertolak ke Salzburg, Austria dengan menaiki Flixbus. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam, dan kami tiba di Salzburg pada jam 11am waktu di sana (6pm di Malaysia). Hujan renyai2, payung lupa nak bawak. Dengan hanya berteduhkan baju sejuk waterproof, kami pun berjalan ke train station. Dekat je, dalam 15 minit dari situ.

Tapi, dalam perjalanan ke sana, sebuah kereta meluncur laju dan melanggar lopak air di tepi jalan, menyimbah air lopak pada aku dan Nein, umpama berada di Sunway Lagoon, memang kurang asam betul. Habis basah seluar semua. Redha jelah, kami teruskan perjalanan.

Akhirnya, kami sampai dengan selamat ke hostel kami, Meininger Hotel Salzburg City Center. Hostel ni agak terbaiklah, selesa, dapur pun okay boleh masak, bilik dorm luas jugak, toilet bersih, air panas function elok. Kami pun rest dan cuma berjalan2 area situ, riki2 tempat supermarket etc. Setelah discuss, kami buat keputusan utk membeli 48hrs Salzburg Ticket, yg boleh digunakan untuk public transport, museum2 terpilih dan sebagainya selama 2 hari, harganya 34 euro.

Day 3.

Hari ke-3, kami masih di Salzburg, dan kami buat keputusan untuk ke Hohensalzburg Fortress. Kena mendaki sikit lah.

Ada orang tulis "Salzburg" atas salji tu

Kami berempat

Day 4.

Pagi esoknya, awal2 pagi kami bertolak ke Unterberg, sebuah pergunungan di desa, dalam 25 stesen bas dari hostel kami. Walaupun agak jauh, tp perjalanan hanya mengambil masa dalam 40 minit saja. Tidak terasa jauhnya kerana pemandangan agak cantik dan cuaca agak baik. Kami ke sana kerana ingin menaiki cable car menaiki gunung, juga menggunakan Salzburg Ticket yang sama.

Ready nak baling salji kat Daus dan Nein


Acah2 model majalah mangga dgn hingus meleleh

Satu pose sebelum turun dari gunung 
Kemudian, kami pun turun gunung dgn selamat dgn menggunakan cable car. Selepas2 tu, kami berjalan2 lagi cari makanan dan pulang ke hostel. Kami stay di Salzburg selama 3 malam sebelum bertolak ke Prague, Czech Republic dengan menaiki Flixbus

Day 5 (Di Prague)

Perjalanan mengambil masa selama 6.5 jam dengan menaiki bas. Hostel kami hanya 10 minit dari Bus Station Prague. Kami stay di Hostel Rosemary, hostel yg cukup ketat sekuritinya dengan 5-6 lapisan kod password, dan ditukar setiap hari. Dari segi keselamatan mmg bagus, tp agak keterlaluan jugaklah, mungkin kadar jenayah tinggi di kawasan tu, entahlah. Tempat yang menarik di Prague ini adalah Astronomical Clock, Cathedral2 nya, museum2 nya. Kami di sini hanya selama 2 malam.

Astronomical Clock di Old Town Prague

Di tangga mendaki ke Prague Castle
Kemudian, pada hari ke 2 di Prague, kami bertolak ke Berlin dengan menaiki Flixbus. Perjalanan mengambil masa selama 4-5 jam. Kami tiba di Berlin pada pukul 14:00.


====== Bersambung Part 2 ======




Travel Eropah 2020 #Part2

Salam, Setibanya di Berlin, kami terus menuju ke Citystay Hostel Berlin Mitte, hostel yang lokasinya betul2 sangat hampir dengan Menara T...